Dapour Lapour Maghee Le

Rojak buah ini terdiri daripada buah-buahan tempatan yang segar dan rangup seperti nenas, jambu batu, sengkuang dan timun. Kesemua buah-buahan ini digaul hingga sebati bersama kuah rojak asli warisan bonda yang pekat dan membuatkan mulut anda terkecur kerana rasa pedas, masam dan manis semuanya bergabung.
Mee rebus ini adalah jawapan kepada rasa lapar yang ditanggung. Potongan-potongan cucur enak dicampur bersama mee bagi menambah nikmat berserta kuah pekat yang dimasak bersama udang segar yang dikisar halus menjadikan ianya begitu lazat. Rasa pedas-pedas manis berserta kemasaman limau kasturi yang diperah akan membuat kita terus berselera menghabiskan semangkuk mee rebus ini sehingga hilanglah rasa lapar yang ditanggung tadi.
Cucur dan kuah yang dicampur bersama kuah mee rebus. Setiap hidangan pasembor akan diletakkan hirisan tauhu, sengkuang dan timun agar terasa kerangupan sengkuang dan kesegaran timun apabila dimakan bersama cucur. Cucur yang dihidangkan menambahkan rasa udang segar di dalam pasembor. Cucor diletakkan ekstra dalam setiap mangkuk supaya cukup untuk memenuhi selera anda.
Pembelian adalah tertakluk kepada jumlah minimum 10 unit dan jumlah tambahan adalah dalam gandaan 10 unit. Harga adalah berdasarkan kepada kaedah Self-Pickup. Sekiranya perlu penghantaran, kos penghantaran akan dibincangkan kemudian. Selepas menerima tempahan, kami anda hubungi untuk menetapkan tarikh Self-Pickup atau penghantaran.
Sekiranya ingin menjadi Rakaniaga atau Affiliate Agent kepada Isnad Tadawi, sila daftar di http://bit.ly/2KXOTb0
Sekiranya ingin menjadi Dropship Agent kepada Isnad Tadawi, sila daftar di http://bit.ly/2xvaPRO